..OnliNe..

HEBAHAN SEMASA !!!


KULIAH MAGHRIB USTAZ SYED MOHD NORHISYAM
MALAM INI DI MASJID NEGERI(Masjid PutiH) NegeRi TereNggaNu.....Harap dapat SaMa2 HaDiR

Sila Klik Jika InGiN meMbaNtu..TQ

06 Mac 2010

Tok Guru Nik Aziz Pindah ke Wad Biasa – Nik Abduh


Tepoh, KUALA NERUS – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada, 3 Mac lalu, kini beransur pulih dan dipindahkan ke wad biasa.

Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan demikian kepada Buletinonline, selepas menghadiri Program Bersama Dua Anak Tok Guru Yang Dianjurkan oleh Pemuda PAS DUN Tepuh, disini, semalam.


”Dia (Tok Guru Nik Aziz) masuk hospital kerana letih…. Dan hari ini (semalam) dia masuk ke wad biasa,”katanya yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Nik Abduh berkata, dengan dimasukkan ke hospital, ayahnya dapat berehat.

”Biasanya, doktor suruh duduk lama, tapi ayah biasanya minta keluar awal, sehari dua lagi dia keluarlah,”jelas Nik Abduh apabila ditanya, bilakah ayahnya akan keluar dari hospital.

Program makan tengahari yang diadakan semalam turut menjemput Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua anak Tok Guru telah menyampaikan nasihat dan panduan dalam menempuh perjuangan, kepada para pemuda PAS dari kawasan ini.

BuLetiN oNliNe

1 ulasan:

orangkampung 6 Mac 2010 10:58 PG  

syukur tok guru dah sihat sikit..kesian tengok...

biar dia sihat sebab lepas ni dia boleh buat fatwa songsang lagi..pecah belahkan bangsa...Ampu Dap

Minta-minta sembuhlah cepat Tok Guru Penjaga Syurga ni...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP