09 Disember 2009
Jangan pertaruhkan masa depan Kerajaan PAS Kelantan

Oleh Mohd Rashidi Hassan
Seluruh ahli, pemimpin dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat sama ada yang di dalam atau di luar negeri mempunyai kebimbangan yang sama, iaitu bimbang Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dijatuhkan.
Sehingga ada cakap-cakap di kalangan penganalisis politik yang mengatakan, jika waktu ini, dengan kemelut yang ada, jika Tok Guru tidak lagi memimpin kerajaan, jika diadakan pilihan raya, Kelantan akan tumbang di tangan Umno-Barisan Nasional.
Sudah tentu cakap-cakap ini menakutkan. Tetapi dalam politik kita mesti realistik. Ada masa kita menerajui, ada masanya kita diterajui. Ada masa kita memerintah, ada masanya kita diperintah.
Malah Umno-BN juga merasakan sebegitu. Mereka fikir mereka lebih berpeluang untuk merampas Kelantan daripada PAS, jika Tok Guru tidak lagi memimpin.
Tok Guru adalah ikon terunggul dalam PAS. Juga ikon bagi rakyat Kelantan. Tok Guru juga merupakan idola yang disayangi, oleh ramai kalangan masyarakat berbilang kaum dalam negara.
Maka Umno-BN tiada jalan lain, selain membunuh karektor dan peribadi Tok Guru, anak-beranak. Dengan bantuan media massa dan pihak-pihak tertentu, Umno-BN sedang menjalankan strategi 'character assassination' terhadap Mursyidul Am PAS.
Maka sejak akhir-akhir ini mereka menghalatujukan serangan bertalu-talu ke atas Tok Guru. Dengan harapan Tok Guru akan tertekan dan menjadi lemah. Mereka amat berharap Tok Guru meletakkan jawatan agar mudah mereka 'kilas' PAS di Kelantan.
Cabaran buat PAS di Kelantan
Justeru, cabaran yang paling besar buat PAS di Kelantan, malah di seluruh negara ialah bagaimana kita harus memastikan PAS terus menerajui Kelantan, walaupun ditakdirkan suatu hari nanti Tok Guru tidak lagi memimpin.
Kita harus sedar, kita tidak seharusnya mempunyai perasaan atau sindrom nafi (denial syndrome) bahawa, dengan kekuatan PAS yang ada, Kelantan tidak akan tumbang ke tangan BN.
Sindrom nafi ini juga sebelum ini wujud ketika PAS memimpin Terengganu 1999-2004, sehingga ada yang mengatakan dengan kekuatan yang ada, iaitu PAS memperolehi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding BN 4 kerusi ketika itu, Kerajaan PAS tidak mungkin tumbang.
Nah! Kita sudah lihat apa yang sudah terjadi pada PRU 2004. Ia sudah menjadi fakta sejarah yang tidak boleh kita nafikan lagi.
Maka, yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, masa depan Kelantan di bawah PAS. Kita tidak seharusnya mendabik dada, bahawa dengan kekuatan PAS memimpin kerajaan selama 19 tahun, PAS tidak mungkin tumbang.
Kita harus memperhalusi, apakah elemen-elemen yang akan membuatkan kerajaan negeri pimpinan kita, goyah dan dilihat bakal dijatuhkan.
Kebimbangan seumpama ini harus dinyatakan kepada ahli-ahli politik yang memimpin PAS di semua peringkat di Kelantan pada waktu ini, termasuk juga anak menantu Tok Guru, kerana pada tangan merekalah nanti, akan ditentukan masa depan Tok Guru dan kerajaan negeri.
Percaturan politik PAS
Kedudukan dan percaturan politik dalaman PAS di Kelantan memang hebat. Percaturan ini bukan rahsia lagi. Mereka sering bersaing hebat untuk merebut jawatan tertinggi dalam PAS kawasan, melobi untuk menjadi calon dan mendapat kedudukan dalam PAS negeri.
Dalam erti kata lainnya, politiking dalam PAS di Kelantan, sentiasa hebat dan rancak. Tetapi belum wujud perpecahan dalaman yang serius. PAS Kelantan tidak dijangkiti penyakit seperti Umno Kelantan.
Setakat ini Alhamdulillah, sehebat mana pun percaturan politik dalaman PAS, mereka hanya bersaing untuk mendapatkan jawatan, menjadi Adun, Ahli Parlimen atau Exco, tetapi solid ketika berhadapan dengan Umno-BN.
Persoalannya untuk jangka panjang, mampukah pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan, sentiasa dalam keadaan solid dalam menghadapi Umno-BN?
Apapun, kedudukan Tok Guru pada waktu ini tidak wajar dipertikaikan sama sekali, selagi rakyat dan parti mahukan beliau memimpin, beliau akan terus kekal sebagai Menteri Besar.
Namun secara realistiknya, kita juga harus memperakui bahawa harus wujud pelapis dan pengganti Tok Guru pada waktu akan datang. Sehingga ada suara-suara dalaman PAS yang mahukan Tok Guru menamakan pengganti beliau.
Soal wajar atau tidak, bila masa dan waktu yang bersesuaian untuk menamakan penggantinya, itu terpulang kepada Tok Guru.
Tetapi, sekali lagi persoalan harus dilontarkan terhadap ahli-ahli politik PAS di Kelantan termasuk dengan anak menantu Tok Guru, apakah mereka boleh menunjukkan solidariti, apakah mereka boleh menjamin, bahawa mereka tidak bertelagah dalam soal pengganti Tok Guru ini?
Apakah pemimpin-pemimpin PAS Kelantan boleh menjamin bahawa, mereka tidak akan berebut untuk menjadi MB? Apakah pemimpin-pemimpin ini boleh memberi jaminan, bahawa mereka tidak akan 'cas keting' sesama sendiri?
Apakah juga pemimpin ini, boleh memberi jaminan bahawa, mereka tidak akan melobi pihak-pihak tertentu, sama ada pucuk pimpinan tertinggi ataupun pihak istana untuk mendapatkan jawatan MB?
Kebimbangan yang wujud
Yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, jika ada atau jika wujud perasaan iri hati dan kalbu kotor di kalangan kepimpinan negeri.
Jangan sesekali ada di kalangan pemimpin yang tergerak dalam hati mereka kata-kata seumpama; "Jika aku tidak dapat (jadi MB) maka aku akan halang si fulan menjadi MB, biarlah parti lawan yang menjadi MB."
Yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, jika tindakan anak menantu Tok Guru yang boleh disalahtafsirkan atau menjadi bahan fitnah yang merosakkan imej Tok Guru dan masa depan kerajaan negeri.
Persoalannya di sini bukan soal hak, bukan soal kelayakan atau seseorang itu merasakan beliau berhak atau layak memegang jawatan di sesuatu tempat. Soalnya ialah, Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS harus mengelakkan perebutan jawatan dan sebarang perlantikan yang boleh menimbulkan fitnah kepada kesucian perjuangan Islam.
Memang sukar menguruskan manusia yang sentiasa terdedah untuk dihidapi penyakit mengutamakan kepentingan diri.
Inilah antara perasaan, penyakit dan sindrom yang amat bahaya, yang boleh dihidapi oleh mana-manapun individu pemimpin politik. Penyakit hubbud dunya' (cintakan dunia) dan hubbul riasah (cinta untuk menjadi pemimpin).
Buat masa ini, tugas utama mereka ialah untuk menggemblengkan sepenuh tenaga dan bersatu mempertahankan Tok Guru. Jangan berbalah, jangan berebut, jangan mengkayakan diri dan berusaha mengelakkan sebarang fitnah.
Jika hati-hati mereka masih dalam keadaan kotor, maka merekalah sebenarnya, yang akan menggadaikan masa depan di PAS Kelantan, tangan-tangan merekalah yang akan menjadi punca jika PAS tumbang di Kelantan.
Ingat, kepimpinan boleh ditukar ganti, tetapi Tok Guru tiada galang gantinya. Jika pun ada, yang beriya-iya hendak menggantikan Tok Guru, mampukah mereka menjadi seperti Tok Guru, yang mengetepikan kemewahan, kepentingan diri dan hidup serba sederhana?
Oleh kerana Tok Guru adalah aset PAS yang amat berharga, maka pada waktu ini, seluruh pemimpin, ahli dan penyokong di seluruh negara bertanggungjawab untuk berikrar taat setia, tsiqah dan berbai'ah dengan kepimpinan beliau.
Maka fokus kita sekarang ini ialah, melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya, untuk mempertahankan kepimpinan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
BTN Hanya Bazirkan Wang Rakyat - Ku Li
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal.
"Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.
Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama Pas.
BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan.
“Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen beerbau perkauman dan fitnah,” katanya.
Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.
Di kalangan menteri kabinet pula berlaku percanggahan di kalangan mereka terhadap usul merombak modul BTN.
Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju ia dirombak kerana modul yang ada boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.
Beliau membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan panggilan ‘rasis sebenar’ atau bapa rasis kerana tindakan Matahir mempertahankan BTN dengan menyelar kritikan yang dianggapnya keterlaluan.
Sebelum itu, sehari selepas Selangor mengumumkan larangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kurikulum program BTN berbau perkauman dan tidak perlu dirombak.
Namun beberapa hari selepas itu, dua kenyataan yang bercanggah di antara sesama mereka dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan yang menyatakan ia tidak dirombak manakala Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mendakwa cadangan merombak modul dan pendekatan BTN sudah lama dibincang dalam kabinet.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam juga menyifatkan modul BTN sudah ketinggalan zaman. Beliau berharap rombakan kurikulum itu mestilah merangkumi penambahbaikan terhadap pengetahuan dan metodololgi supaya selari dengan keadaan semasa. -FMT
Read more...
Jangan hirau gangguan kemuncup dijalanan
08 Disember 2009
Piala Monsun: Terengganu Bazirkan RM2.4 bilion

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.
Beliau berkata, “dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu.
“Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar,” tambah beliau.
Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu.
“Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno-BN yang semakin hari semakin parah,” ujar beliau.
Katanya, para peserta perahu layar pada pertandingan Piala Monsun pula terdiri dari para peserta luar negara dan sedikit pun tidak menguntungkan rakyat tempatan.
Rosli berkata, kerajaan negeri Terengganu hendaklah mencontohi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat membantu warga emas sebanyak RM2,000 seorang apabila ditimpa musibah, sebanyak RM2,500 untuk ibu tunggal dan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.
Beliau menyeru kerajaan negeri supaya memperpanjangkan bantuan komputer riba bernilai RM1,500 sebuah yang disediakan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun lima pada ketika ini, kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah.
“Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan dibiarkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan merupakan satu agenda politik kotor supaya rakyatnya terus bergantung hidup kepada Umno-BN,” tegas beliau.
Senario yang samalah menyebabkan Kerajaan Kelantan mahu royalti diberikan, bukan wang ehsan yang akan disalahgunakan.
Beliau kata dakwaan Awang Adek kononnya, wang ehsan akan sampai ke semua rakyat tanpa mengira pegangan politik hanyalah gimik.
Apa yang digusarkan, hanya sekelumit wang ehsan sampai ke rakyat ‘terpilih’ selebihnya disalahgunakan untuk diagih-agihkan di kalangan kroni.
Sumber: Sabahdaily
PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.
Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini,tegas beliau.
Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .
Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”
“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”
Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.
Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.
Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.
PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar, kata beliau.
Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.
Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim.
PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau
Jangan Hirau Gangguan Kemucup diJalanan
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang juga merupakan Pesurujaya PAS Terengganu mengingatkan kepada para pendakwah yang bergerak bersama Jamaah PAS supaya mengabaikan segala gangguan oleh mereka-mereka yang berusaha untuk mengagalkan cita-cita dan matlamat perjuangan ini.Ianya merupakan gangguan kemucup di perjalanan untuk para dai.
Read more...
Rasulullah Pun Ditegur

Sejak akhir-akhir ini, kita berhadapan dengan isu-isu yang agak mengejutkan kita selaku masyarakat awam yang hanya mampu memandang, melihat, mendengar dan memerhati sahaja apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun begitu, kita juga layak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai apa yang berlaku. Inilah yang dikatakan adat kita hidup bermasyarakat. Tegur-menegur, nasihat-menasihati sesama kita amatlah penting demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat apatah lagi jika ingin melihat negara kita aman dan damai.
Adakalanya manusia ini tidak dapat menerima sekiranya ada yang menegur dan menasihatinya. Lantaran itulah, mereka (yang bersikap seperti ini) harus ditegur secara batiniah iaitu dengan diniatkan dalam hati atau dengan kata lain mendoakan mereka agar menjadi lebih memahami dan mengerti. Doa yang ditujukan kepada saudara kita ini amatlah perlu dan penting supaya mereka menjadi lebih baik. Inilah langkah yang terakhir dan 'terbaik' sekiranya kita sudah menegur dan menasihati tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Jangan pula kita tidak tahu bahawa Rasulullah SAW pun pernah ditegur akan tindakan baginda.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa di sekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Saidina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada di langit adalah selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu mengkehendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin di dalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Perhatikanlah dan renungkanlah setiap apa yang berlaku pada diri Rasulullah SAW supaya dijadikan teladan sepanjang zaman untuk kita sebagai pemimpin, ketua, bos mahupun rakyat jelata, orang bawahan, staff sokongan dan sebagainya.
Doa Tok Guru adalah Kerana Kezaliman BN
Media arus perdana telah membesarkan doa Tok Guru. Sedangkankan mereka tidak memperkatakan kenapa doa tersebut dibaca oleh Tok Guru. Hakikat sebenar apabila membicarakan doa Tok Guru ianya mestilah disekalikan dengan kezaliman BN itu sendiri didalam menyelesaikan royalti petroleum di Kelantan.
Dengarkan ulasan dari Dato' Haji Harun Taib didalam membicarakan perkara tersebut.
Read more...
Nik Aziz: Umno dalam keadaan 'lemas'

Ahli dan penyokong PAS yang penuh sesak membanjiri Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.
Sebelum menteri besar itu menyampaikan ucapan, pengerusi majlis, Tarmizi Mat Jam meminta lebih 1,000 hadirin supaya bangun dan dewan tersebut bergema beberapa kali dengan laungan"Kita Sokong Tok Guru Nik Aziz" dan "Sokong Tok Guru" dan diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali.
Tarmizi yang juga naib yang dipertua PAS Batu mengetuai acara tersebut pada kira-kira jam 11 malam sebelum Nik Aziz menyampaikan ucapan bersempena menyambut perayaaan jubli perak PAS kawasan tersebut.
Laungan itu berlangsung selama lima mini, yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.
Tarmizi berkata, ia sebagai kesinambungan kepada sokongan rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz Jumaat lalu.
Beliau berkata, pada mulanya pihaknya bercadang mengedarkan lilitan kepala kepada hadirin - seperti yang dilakukan oleh penyokong menteri besar di Kelantan, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, jelasnya, hasrat tersebut tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk menyiapkan lilitan tersebut.
Nik Aziz yang juga pesuruhjaya Kelantan dilihat tersenyum dan gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.
Semangat berucap
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain.
Katanya, walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.
"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.
"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas.
"MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.
Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Umno lemas'
Dalam ceramahnya malam tadi itu, Nik Aziz berkata Umno kini berada dalam keadaan 'lemas' dengan memberikan beberapa situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.
Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'.
"Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya, yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .
Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.
"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).
"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.
"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.
Program BTN
Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.
"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.
Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.
Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.
"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.
"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya,
Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah SWT.
MalaysiaKini/-
07 Disember 2009
Faham Sebelum Berjuang

Dalam Rukun Bai’at yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi tunjang utama kepada amal harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakakan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.
Banyak pihak yang mempertanyakan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustadz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahwa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat. Karena beliau tahu betul skala keutamaan, mendahulukan apa yang harus didahulukan.
Skala aulawiyat dalam memperjuangkan Islam haruslah diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorangpun diantara para pemikir dikalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan skala prioriti dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah, gerakan dan penataan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha menjulang Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan kebangunan di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan saat ini.
Beliau lalu menjelaskan fungsi pemahaman selaras dengan keperluan sebenar, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Karena ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga membuat alur: ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana pernyataan psikologi yang menyatakan ada alur antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.
Prinsip Al Fahmu dengan 20 prinsipnya merupakan deklarasi bahwa Islam adalah solusi dan penyelesaian. Karena Islam adalah solusi maka kaedah-keidah yang ada dalam Al Fahmu ini akan menjadi kaedah dasar dalam melakukan segala aktiviti. Seperti halnya yang telah diterangkan pada prinsip pertama dalam rukun Al-Fahmu ini tentang Syumuliatul Islam:
“Islam adalah system yang syamil (menyeluruh) mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah Negara dan tanah air, pemerintahan dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan hukum, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, serta pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia juga aqidah yang murni dan ibadah yang benar, tidak kurang tidak lebih”
Prinsip pertama ini mengajarkan kepada kita bahwa aktiviti kita sehari-hari bukan hanya aktiviti semua yang tidak berlandaskan pada Islam, setiap muslim harus menyedari, mengetahui, meyakini dan mengamalkan Islam sesuai dengan kebesaran Islam itu sendiri. Sehingga semua permasalahan kehidupan baik yang yang peribadi dan yang lebih besar dari pada itu disandarkan pada tata aturan Islam.
Tidak ada pemisahan antara agama dan negara, seperti ungkapan ,” berikanlah hak negara kepada raja, dan berikanlah, hak agama kepada Tuhan.” Tidak akan pernah ada sekularisme dan liberalism dalam pemikiran dan aktivitas lainnya di muka bumi ini. Dan hal ini sepadan dengan firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk masuk ke dalam agama Islam secara kaffah.
Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)
Pembahasan mengenai Rukun Al Fahmu dan 20 Prinsip ini sudah banyak sekali bertebaran di buku-buku yang ditulis oleh para pewaris Dakwah Imam Syahid Hasan Al Banna. Inti dari landasan Syar’i aktiviti berlandaskan Rukun Al Fahmu dapat kita ketahui di akhir rukun Al Fahmu ini Imam Syahid Hasan Al Banna menutupnya dengan kata-kata:
“Apabila saudaraku Muslim mengetahui agamanya dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut, maka ia telah mengetahui makna dari Syi’arnya : Al Qur’an adalah undang-undang kami dan Rasul adalah Teladan kami. Artinya kerangka aktiviti hidup kita di dunia harus selalu berada dalam pedoman Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.
Kepentingan ‘al Fahmu’
Al-Fahmu dalam diri setiap ikhwah adalah suatu keniscayaan, sebab ia dapat membantu keselamatan amal, baiknya penerapan dan memelihara pelakunya dari ketergelinciran.
Umar bin Abdul Azia berkata: “Barangsiapa yang beramal tanpa di dasari ilmu, maka unsur merusaknya lebih banyak daripada maslahatnya”. [Sirah wa manaqibu Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Al-Jauzi; 250]
Orang yang ikhlas beramal tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya mungkin dapat tersesat jauh. Rasulullah saw bersabda:
فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد
“Satu orang faqih itu lebih berat bagi syetan daripada seribu ahli Ibadah” [At-Tirmidzi: 5/46. Nombor:2641]
Umar bin Al-Khattab juga berkata: “Kematian seribu ahli ibadah yang selalu shalat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah”. [Jami' bayanil ilmi wal fadhlihi; Ibnu Abdul Barr: 1/26]
Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadits dariku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. sebab, terkadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih paham. Dan, terkadang orang yagn membawa sebuah ilmu bukan ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]
Allah SWT melebihkan satu nabi yang lain karena kedalaman pemahaman yang dianugrahkan kepadanya. Allah SWT berfirman: “Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat), dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)
Ibnu Abbas dimuliakan meski masih muda usianya, melebihi kebanykan tokoh-tokoh senior lainnya, karena pemahaman yang baik yang dikaruniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majelis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab saat itu.
Oleh karena itu, wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, tanpa berlebih-lebihan dan tanpa meremehkan. Juga pemahaman yang jernih, murni, integral dan peripurna. Sebab, barangsiapa yang dikaruniai oleh Allah pemahaman yang benar, maka ia telah mendapatkan karunia yang banyak, keutamaan yang besar terhindar dari ketergelinciran dan terjaga dari penyimpangan.
Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikarunia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam. Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (yaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (yaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap shalat agar dibimbing ke jalan mereka.
Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]
06 Disember 2009
Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi

GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.
"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.
Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.
"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."
Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."
Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.
"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."
"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."
Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.
Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.
Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. Harakahdaily/-
Najib Sahkan Timbalan Menteri Pelancongan Mahu Letak Jawatan

Perdana Menteri Najib Razak mengesahkan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdulrahman Abdul Tahir menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatannya.
Bagaimanapun, kata Najib beliau masih belum membuat keputusan berhubung hasrat itu kerana tidak dapat berhubung dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Beliau telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan tetapi saya belum membuat keputusan kerana belum dapat menghubungi Pengerusi Barisan Nasioanl negeri,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini semalam.
Najib berkata Sulaiman berhasrat meletakkan jawatan atas alasan peribadi.
Bagaimanapun beliau enggan enggan mengulas mengenai tarikh Sulaiman menyerahkan surat perletakan jawatannya.
Sebelum ini, Malaysian Insider yang memetik sumber-sumber berkata, anak Ketua Menteri Sarawak itu telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Najib atas alasan kesihatan.
Bagaimanapun terdapat khabar angin beberapa minggu lalu mendakwa Sulaiman berbuat demikian kerana tidak sehaluan dengan Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Ten. TVS
Kopi Radix

Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).
1. Kotak kecil: 15 paket
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM19
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16
Nilai Mata (NM): 5
2. Kotak Jumbo: 32 paket
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 38
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 26
Sabah & Sarawak: RM 32
Nilai Mata (NM): 10
3. Kopi berbentuk papan: 20 paket
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 21
Sabah & Sarawak: RM 23
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19
Nilai Mata (NM): 6
04 Disember 2009
We Love Tok Guru
Lagi dihina.... lagi terbilang...
Lagi difitnah.... lagi disokong...
Subhanallah.....
Royalti dan wang ehsan.... bezanya ternyata....
Terengganu terbukti dalam sejarah....
Mengapa Najib masih berbohong...
Katanya sama wang ehsan dan royalti....
1 Malaysia tahu Najib berbohong...
Siakap Sonohong... Gelama Ikan Duri....
Bercakap Bohong...Jadi Perdana Menteri...
Itulah Najib PM Terkini...
Tuan Guru Nik Aziz sokongan di sini.
Read more...
YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!
Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.
Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.
Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.
Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?
Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;
PERTAMA;
Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.
Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"
(Surah Al-lahab : 1)
KEDUA:
Firman Allah;
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"
(Surah Hud : 18)
KETIGA;
Firman Allah;
أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"
(Surah Al-Imran : 87)
KEEMPAT:
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;
اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا
Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"
Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)
KELIMA;
Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;
اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ
Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"
Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Imran : 128)
Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)
KEENAM;
Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ
Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)
* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.
ISTIDLAL
Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.
Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.
Sabda nabi SAW;
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"
Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"
Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)
Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.
Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
Wahai Para Pemimpin : Lihat & Contohilah Pemerintahan Umar Al-Khattab r.a

Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui.
Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah. Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran.
KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a [1]
Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]
KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut
"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]
b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]
c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]
e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan
"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab
"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]
KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-
"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]
KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Rakyat Berbilang Kaum Nyatakan Sokongan Kepada Tok Guru

Kira-kira 5,000 (angka sebenar puluhon ribu - GB) warga Kelantan berhimpun di Dataran Ilmu dekat ibu pejabat PAS negeri di sini pagi ini bagi mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perhimpunan tersebut bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik sahaja tamat kuliah mingguan oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.
Kumpulan yang terdiri daripada anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu juga menyokong usaha kerajaan negeri dalam membuat tuntutan royalti minyak.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah barisan kepimpinan negeri termasuk anggota exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Husam dalam ucapannya semasa perhimpunan itu menegaskan tidak ada salahnya dengan doa Nik Aziz dalam usaha menuntut pembayaran royalty petroleum.
“Tidak membayar royalti itu satu kezaliman jadi dalam Islam kita diharuskan berdoa,” kata Husam dalam ucapannya.
Perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-Nik Aziz sebelum ini, bersurai selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Besar.
Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan yang dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim menuntut Nik Aziz meletakkan jawatan atas doanya kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha minggu lepas menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan ke atas Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.
Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.
Selain perhimpunan hari ini, pemimpin PAS di Mekah turut menganjurkan majlis sembahyang hajat di tanah suci umat Islam itu memohon bantuan Tuhan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan royalti minyak negeri itu. -MI
Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut
Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.
Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.
Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.
Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".
"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.
Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.
"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.
Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.
Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.
Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.
Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.
Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.
"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.
Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.
Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.
Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.
Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat." - malaysiakini
03 Disember 2009
Longkang Gagal Atasi Banjir

DUNGUN – Walaupun kejadian banjir yang melanda kawasan perumahan Taman Rakyat dekat sini Jumaat lalu tidak sehebat kejadian bencana berlaku di negara jiran, namun ia sedikit sebanyak meninggalkan trauma bagi lebih 300 penduduk. Selain kerumitan yang dihadapi ketika berpindah ke pusat pemindahan, mangsa terbabit juga harus berdepan risiko kerugian apabila sebahagian peralatan rumah musnah ditenggelami air.
Walaupun pembinaan longkang besar di sepanjang taman berkenaan yang difahamkan perbelanjaannya mencecah jutaan ringgit itu diharap dapat mengatasi masalah terbabit, namun sangkaan itu ternyata meleset apabila kejadian banjir pada tahun ini dikatakan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.
Faktor fenomena alam tidak dinafikan, namun natijah daripada buatan tangan manusia membabitkan soal ketidakcekapan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi punca.
Dayang Zakiah Bustaman, 34, salah seorang mangsa banjir berkata, akibat kejadian banjir tempoh hari, banyak perkakas rumah termasuk barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk rosak.
Menurutnya, sebelum ini kawasan perumahan dekat sini memang selalu dinaiki air, namun tidaklah seteruk mana, hanya sedalam kira-kira 0.25 meter sahaja.
“Bagaimanapun pada tahun ini, hujan lebat menyebabkan air naik mendadak sehingga memaksa kami terpaksa berpindah ke pusat pemindahan.
“Saya ingat bila dah buat longkang besar, ia mungkin berkurangan tetapi sebaliknya gagal menyelesaikan masalah,” katanya.
Norhayati Bidin, 34, pula menyifatkan kejadian banjir pada tahun ini adalah antara yang terburuk pernah melanda daerah berkenaan dan berharap supaya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah itu.
“Taman perumahan di sini terletak di kawasan yang agak rendah, justeru, jika berlaku hujan lebat, ia pasti mudah ditenggelami air.
“Justeru, dalam hal ini, pihak berkenaan sepatutnya berusaha mencari alternatif terbaik mengatasi masalah ini berikutan hampir 500 penduduk di sini akan berhadapan perkara sama setiap kali tibanya musim tengkujuh,” katanya – Sinar Harian
02 Disember 2009
Dr. M Dapat Lihat Sendiri Kemusnahannya Seperti Didoakan Almarhum Ust Fadzil Noor

Kini Mahathir baru terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada UMNO dan ahli serta para pemimpinnya. Harakahdaily menyiarkan berita bahawa Mahathir berkata “UMNO kini busuk hingga ke ususnya“.
Ketika ramai di kalangan kita tidak hairan dan terkejut dengan apa yang kini telah menimpa UMNO, mungkin kita terkejut kerana Mahathir baru terkejut.
Suatu masa dahulu ketika Dr. M menerajui UMNO, Shahnon Ahmad pernah memperkatakan tentang kebusukkan apa yang ada di dalam usus UMNO, ramai pemimpin dan ahli UMNO menentang dan marah. Kemarahan mereka dibawa hingga ke dalam teks khutbah Jumaat (di seluruh masjid negeri Selangor ketika itu).
Apakah ini seperti yang pernah IB sebut sebelum ini – Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur … ?
Namun kemusnahan yang dialami UMNO kini berpunca tidak lain dari Mahathir sendiri. Dalam era pemerintahannya yang hampir suku abad itu telah sedikit demi sedikit merosakkan UMNO dari sistem hingga ke orang-orangnya sekali. Kemusnahan ini tidak terbendung di dalam UMNO sahaja malah wabak ini berjangkit hingga ke parti-parti komponen BN yang lain dengan apa yang kita dapat lihat hari ini.
Malangnya bagi negara kita, kerana kekuasaan BN dan kekuatan mereka, kemusnahan ini turut terkesan kepada kita semua rakyat yang biasa hinggakan boleh juga kita lihat tercerna pengaruhnya di dalam pemikiran sesetengah ahli dan pimpinan parti lawan (yang mungkin sebelum ini mereka pernah bergelumang dalam UMNO dan terikut-ikut dengan budaya sana) – dan PAS pun terkesan sama.
Mungkin ini menjadi suatu cerminan untuk pemimpin PAS memerhati perilaku dan budaya kita supaya tidak terikut-ikut kemusnahan yang dilalui UMNO. -IbrahimBaba
Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur …
Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?
Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah … sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.
Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.
Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.
Senarai “pendakwa raya” “perbicaraan rakyat” Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.
Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi “peguam bela” namun ramai dari “peguam bela” ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan “saksi” utama dalam “perbicaraan rakyat” ini.
Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit – banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an.
Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan. -IbrahimBaba
Rahsia Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."
10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
Tok Guru sudah Buat Yang Terbaik Untuk Kita Semua

Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.
Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.
Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.
Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.
Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.
Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.
Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.
Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.
Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.
Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.
Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.
Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.
Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.
Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.
Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.
Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.
Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.
Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.
Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.
Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.
Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.
Oleh Subky Abdul Latif
TGNA Tetap No.1

Apakah kenyataan Muhyiddin semalam suatu keputusan bercanggah atau mengalah? Dalam sidang akhbar semalam Muhyiddin berkata "Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Kalau ketua mereka timbulkan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tidak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama."
Tiada tuduhan yang lebih baik dari mulut pemimpin Umno melainkan senantiasa menuduh Pas dan pemimpinnya songsang dan menyeleweng. Ramai ulama tarbus dalam Umno berlagak lebih pandai dari ulama mursyid. Tetapi kita sering dengar orang menyebut, "si gila tak kata dia gila tapi menuduh orang lain gila". Malu dengan kegagalan misi menjatuhkan TGNA, Muhyiddin mengambil alternatif 'desperate' dengan menuduh pula TokGuru berfatwa songsang.
Walhal ajaran hadhari yang bertunjangkan prinsip sekular, menyokong pentadbiran bercorak pengasingan dari kepentingan agama iaitu politik suku agama suku yang sebenarnya songsang. Muhyiddin gali lah lagi kitab atau menadah dengan Midman apa benar ajaran politik suku agama suku adalah haram dan Rasulullah sendiri tidak mengaku umat ke atas pengamalnya?
Dan semalam juga kita dikabarkan dengan berita ratusan pendemonstrasi 'nasi bungkus' berkumpul di pintu masuk Kota Darulnaim mendesak TGNA meletak jawatan. Berselindung atas nama NGO, umum mengetahui kerja demo tersebut didalangi oleh Umno bagi mencipta 'political mileage'. Umno dengan pelbagai kaedah pasti menggunapakai setiap ruang dan peluang walau sekangkang kera pun bagi memburukkan MB Kelantan serta pentadbiran kerajaannya.
Bagai 'anjing menyalak bukit' para pendemo mendesak TGNA letak jawatan dengan segera. Cuba kita imbas peristiwa demo Umno Terengganu terhadap Sultan Mizan suatu masa dulu. Lagak pendemo kali ini pun saling tak tumpah. Cumanya kita tak terlihat kelibat poster atau kain rentang tertulis 'kami nak TokPa Natang!'.
Betul lah kata CheDet 'melayu mudah lupa'. Terutamanya melayu Umno mudah lupa dan terlupa. Kita tentu masih ingat dengan peringatan Zam Maidin setelah kekalahannya pada PRU-12 lalu iaitu jangan diusik Kelantan biarkanlah ia. Zam lebih memahami apa yang tersirat diminda rakyat Kelantan terhadap TGNA. Mungkin bagi Zam tiada wujud persepsi negatif terhadap keluhuran dan ketulusan jiwa MB itu.
Semoga Allah memelihara keteguhan kerajaan Islam Kelantan di bawah TGNA dan Pas..!
GelOmbaNgHijaU
Dewan Ulama PAS Kelantan mahu TGNA kekal MB

KOTA BHARU, Dis 1 — Dewan Ulama PAS Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak lima peratus daripada kerajaan pusat.
Ketuanya Datuk Mohamad Daud Iraqi berkata Dewan Ulama menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.
Dalam kenyataan tiga muka surat yang dibaca di rumahnya di Kubang Kerian, dekat sini, Ahli Dewan Undangan Negeri Demit itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibukakan hati pihak yang terlibat sehinggalah hak rakyat bagi royalti minyak itu ditunaikan.
Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ehsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun, katanya.
Mengenai kepimpinan Menteri Besar itu, Mohamad berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.
“Buat masa ini TG Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya.
“Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan,” katanya. — Bernama
Konsert Piala Monsun Dilanda Ribut Monsun
KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.(Gambar-orang ramai meninggalkan konsert)
Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.
Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.
Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.
Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.
Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.
Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’ kerana dibanjiri air.


foto: 








